Monday, February 23, 2009

Bagaimana hendak menjadi kaunselor?



CIRI-CIRI KHUSUS KAUNSELOR
1. Profesional.
Ciri Profesional mengikut Carl Rogers :-
1.1 Tulen.
1.2 Kongruen pada percakapan dan perbuatan.
1.3 Ketepatan tindakan dan kata-kata.
1.4 Penerimaan tanpa syarat.
1.5 Menjaga kerahsiaan.
2. Akauntabiliti.
3. Pengalaman.
4. Minat.
5. Sihat.
6. Berkemahiran.
7. Beragama.

SIFAT-SIFAT KAUNSELOR

1. Peka, kreatif, inovatif.
2. Suka menolong.
3. Bertingkahlaku seorang yang berpengetahuan,tawakkal, berketrampilan dan kreatif
4. Berterus terang, jujur, amanah dan ikhlas.
6. Istiqamah.
7. Mudah berkomunikasi.
8. Pendengar dan pemerhati yang baik.
9. Kecindan. ( humor )
10. Optimistik.
11. Bersedia untuk mendengar. ( sanggup mendengar )
12. Seorang yang menarik dan suka bersahabat dan memiliki keyakinan diri.
13. Memiliki sifat-sifat murni.
14. Baik perwatakan, tingkahlaku dan emosi.
15. Sanggup menyatakan kebenaran.
16. Empati.
17. Tidak mempunyai sikap buruk sangka.
18. Bersifat terbuka.
19. Bersifat tenang dalam menghadapi sesuatu situasi.
20. Peka dengan isu semasa.
21. Peramah, sabar, penyayang.
22. Penuh keyakinan.
23. Tidak mudah berputus asa.
24. Seorang yang berprinsip.
25. Anjal ( bertolak ansur, fleksibel )
26. Senang didekati.
27. Tidak menghukum.

Saudara ku...




Saudaraku,
Palestine bumi yang suci,
Tempat lahir sebilangan para rasul dan nabi,
Antara tempat berkembangnya agama yang diredai Allah,
Adanya tempat suci ketiga bagi umat islam,
Masjid Al-aqsa pernah menjadi kiblat orang islam,

Saudaraku,
Namun kini semua sudah berubah,
Engkau telah ditindas oleh musuh islam,
Diserang, diseksa, dibunuh sesuka hati,
Berpuluh-puluh tahun lamanya,
Sehinggakan menjadi bumi berdarah,

Saudaraku,
Aku mengagumi engkau,
Mempunyai semangat yang kuat,
Menentang pihak musuh hingga jatuhnya darah syahid di bumi yang suci itu,
Semata-mata demi Allah engkau berjuang menyelamatkan tanah air, masjid Al-Aqsa
Daripada pihak musuh yang dilaknat Allah,

Saudaraku,
Teruskan perjuangan yang suci ini,
Mati syahid menjadi impian engkau,
Bebas daripada belenggu pihak musuh menjadi harapan,
Dari jauh ku pohonkan doa untukmu Palestin,
Termasuklah saudaraku di Iraq, Afghanistan, serta dimana sahaja umat islam ditindas,
Keamanan, kemenangan, kesejahteraan bersama islam,

Amin....


Hasil nurkilan:
Sharihan

Wednesday, February 18, 2009

Motivasi

Semarakkan semangat. Beri peringatan pada diri supaya sabar menghadapi apa jua cabaran, permasalahan atau konflik. Bila kita dah ingatkan diri sendiri supaya bersabar, serta merta kita akan kuat mendepani apa jua yang melanda.

Sabar adalah satu-satunya cara untuk membuat Anda kekal dalam emosi positif dan logik akal. Jika Anda sudah tidak sabar, maknanya Anda mungkin akan membuat sesuatu diluar pertimbangan atau terdorong bertindak mengikut emosi negatif.

Kita takkan dapat mencapai sesuatu kejayaan tanpa memerlukan pertolongan mereka. Walaupun kita boleh berkata kita berjaya hasil usaha sendiri, hakikatnya masih ada orang lain terlibat dalam usaha kita. Mereka mungkin merupakan ibu, bapa, abang, adik atau mana-mana ahli keluarga.

Untuk hidup kita jadi ceria, gembira lalu penuh dengan pelbagai macam kegembiraan, senangkan hati orang lain terlebih dahulu. Senangkan hati mereka, gembirakan mereka tanpa mengharap ganjaran.

Tuesday, February 17, 2009

Kaunseling...

bila sebut je perkataan ini telah membuatkan pelbagai andaian timbul kerana saya sudah "terpaut" atau ia menjadi kewajipan bagi diri saya untuk mempelajarinya. kini berada dalam tahun 3 untuk kursus pendidikan bimbingan dan kaunseling. Memang mencabar kerana semakin hari semakin banyak pekara yang perlu dibuat disamping usaha yang berterusan amat penting dalam menambahkan lagi kefahaman dan pengaplikasian dalam bidang ini.....