Monday, February 23, 2009

Saudara ku...




Saudaraku,
Palestine bumi yang suci,
Tempat lahir sebilangan para rasul dan nabi,
Antara tempat berkembangnya agama yang diredai Allah,
Adanya tempat suci ketiga bagi umat islam,
Masjid Al-aqsa pernah menjadi kiblat orang islam,

Saudaraku,
Namun kini semua sudah berubah,
Engkau telah ditindas oleh musuh islam,
Diserang, diseksa, dibunuh sesuka hati,
Berpuluh-puluh tahun lamanya,
Sehinggakan menjadi bumi berdarah,

Saudaraku,
Aku mengagumi engkau,
Mempunyai semangat yang kuat,
Menentang pihak musuh hingga jatuhnya darah syahid di bumi yang suci itu,
Semata-mata demi Allah engkau berjuang menyelamatkan tanah air, masjid Al-Aqsa
Daripada pihak musuh yang dilaknat Allah,

Saudaraku,
Teruskan perjuangan yang suci ini,
Mati syahid menjadi impian engkau,
Bebas daripada belenggu pihak musuh menjadi harapan,
Dari jauh ku pohonkan doa untukmu Palestin,
Termasuklah saudaraku di Iraq, Afghanistan, serta dimana sahaja umat islam ditindas,
Keamanan, kemenangan, kesejahteraan bersama islam,

Amin....


Hasil nurkilan:
Sharihan

No comments:

Post a Comment