Wednesday, February 18, 2009

Motivasi

Semarakkan semangat. Beri peringatan pada diri supaya sabar menghadapi apa jua cabaran, permasalahan atau konflik. Bila kita dah ingatkan diri sendiri supaya bersabar, serta merta kita akan kuat mendepani apa jua yang melanda.

Sabar adalah satu-satunya cara untuk membuat Anda kekal dalam emosi positif dan logik akal. Jika Anda sudah tidak sabar, maknanya Anda mungkin akan membuat sesuatu diluar pertimbangan atau terdorong bertindak mengikut emosi negatif.

Kita takkan dapat mencapai sesuatu kejayaan tanpa memerlukan pertolongan mereka. Walaupun kita boleh berkata kita berjaya hasil usaha sendiri, hakikatnya masih ada orang lain terlibat dalam usaha kita. Mereka mungkin merupakan ibu, bapa, abang, adik atau mana-mana ahli keluarga.

Untuk hidup kita jadi ceria, gembira lalu penuh dengan pelbagai macam kegembiraan, senangkan hati orang lain terlebih dahulu. Senangkan hati mereka, gembirakan mereka tanpa mengharap ganjaran.

No comments:

Post a Comment